fbpx

Senyuman Joy Red Velvet jadi inspirasi Chaeryeong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAERYEONG

SEDANG memuncak dengan single baharu berjudul Sneakers ketika ini, kumpulan ITZY mengakui masih berdepan kesukaran dan cabaran tertentu sepanjang tempoh promosi.

Ujar salah seorang ahlinya Chaeryeong, berlatih memberikan senyuman manis sepanjang menari lagu tersebut sebenarnya bahagian paling memberikan tekanan buatnya.

Hal ini kerana, koreografi lagu berkenaan sangat sukar kerana mereka menampilkan konsep karismatik.

“Sebelum dapat melepaskan emosi dengan koreografi yang sukar, terima kasih untuk konsep lagu yang berkarisma, kami perlu mengekalkan senyuman meskipun pergerakan agak ‘keras’,” katanya.

Demi memastikan wajahnya sentiasa tersenyum ketika menari, penyanyi itu mendedahkan cara dia berlatih senyum.

“Saya banyak menonton video persembahan senior lain. Saya menjadikan rujukan video daripada persembahan Joy Red Velvet kerana dia memiliki pesona senyuman yang paling cantik dan asli,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI