fbpx

RUU Tukar Parti tidak terpakai untuk Ahli Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peruntukan larangan bertukar parti melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas setelah mempertimbangkan beberapa pandangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana Ahli Dewan Negara dibahagikan kepada dua kategori iaitu Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Negeri berdasarkan keahlian sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili parti politik masing-masing.

“Peruntukan larangan bertukar parti pada peringkat ini tidak terpakai ke atas Ahli Dewan Negara mengambil kira beberapa aspek penting isu perundangan ini di peringkat negeri selain memerlukan perundingan dan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Ahli Dewan Negara dan semua pihak yang berkepentingan sewajarnya diperjelaskan melalui sesi libat urus terlebih dahulu sebelum pindaan Perlembagaan berkaitan pindah parti yang melibatkan Ahli Dewan Negara. Jadi kita akan bincang dengan Ahli Dewan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan rang undang-undang tersebut di Dewan Negara hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI