fbpx

PM mahu MCMC proakif, siasat laporan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan akaun Telegram dan Signal miliknya digodam semalam.

Menurut Ismail Sabri, beliau telah meminta MCMC lebih proaktif dalam isu tersebut dan mengambil tindakan segera selepas ini sekiranya mendapat laporan.

Justeru, beliau turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa berhati-hati kerana penggodam akan menggunakan pelbagai cara supaya terjebak dengan mereka.

“Jadi kepada pengguna sendiri seperti saya dan lain-lain jangan terpengaruh dengan apa-apa yang kita terima.

“Keduanya, terus laporkan kepada MCMC supaya tindakan segera dapat dilaksanakan. Jangan biarkan lama sebab nanti mereka akan gunakan identiti kita untuk menipu orang lain,”katanya di Dewan Negara hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan akaun Telegram Ismail Sabri telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan beliau meminta orang ramai untuk mengabaikan sebarang mesej yang diterima menerusi aplikasi itu.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai untuk melaporkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej daripada akaun Telegram berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI