fbpx

Netizen ‘panas’ penjual wanita lakukan gangguan seksual terhadap pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang penjual wanita melakukan gangguan seksual terhadap pelancong lelaki. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penjual wanita melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelancong lelaki warga asing, lapor laman berita Suara.com. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @merindink.

Kelihatan beberapa penjual wanita yang petah berbicara menawarkan barang jualan mereka kepada seorang pelancong asing.

Walaupun tidak tahu berbahasa asing dengan baik, penjual-penjual itu tetap menawarkan barang mereka sehingga lelaki pelancong itu membelinya.

Salah seorang penjual bagaimanapun kelihatan mengganggu pelancong berkenaan. Dia bertanyakan mengenai saiz alat kelamin pelancong berkenaan.

“Kon*** gede,” kata wanita itu. 

Di akhir kata-katanya, penjual itu tersenyum seolah-olah hanya bergurau manakala pelancong itu jelas tidak memahami percakapan wanita itu.

Klip video itu menimbulkan kecaman dalam kalangan netizen kerana wanita itu dikatakan melakukan gangguan seksual kepada pelancong berkenaan.

“Cuba kalau lelaki melakukannya kepada perempuan, macam mana agaknya reaksi orang ramai,” kata seorang netizen.

“Ingat anak suami kak,” komen netizen lain. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI