fbpx
LYNN menunjukkan replika cek dan trofi Anugerah Bintang e-Dagang Agro di Kuala Lumpur.

Gogopasar terima anugerah Bintang e-Dagang Agro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gogopasar (Gogopasar), syarikat pemula niaga di bawah Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV) telah di­pilih menjadi penerima anugerah Bintang e-Dagang Agro bersempena majlis penyampaian anugerah Agro Award bersempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2022) baru-baru ini.

Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lynn Alias baru-baru ini.

Selain anugerah, Gogopasar turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Lynn menjelaskan, pemilihan tersebut berdasarkan kepada faktor keunikan yang dimiliki syarikat berbanding pemain dalam platform e-dagang yang begitu aktif dalam memainkan peranannya memberi manfaat kepada komuniti dengan menjalankan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) bersama badan bukan kerajaan serta sektor swasta selain agensi kerajaan.

“Pada fasa awal operasi syarikat, kami telah berusaha membina jenama dan keyakinan pelanggan serta masyarakat kepada Gogopasar, menambah nilai kepada pasaran sedia ada sekali gus mempromosikan produk dan per­khidmatan sedia ada.

“Kini, Gogopasar telah mula mendapat pengiktirafan dan menjalin banyak kerjasama dengan beberapa majlis agama negeri untuk membantu kumpulan sasaran dan golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah tersebut.

Tambah Lynn, anugerah tersebut bakal menyuntik semangat kepada kakitangan untuk terus menyumbang kepada usaha mengukuhkan rangkaian bekalan makanan negara. -KOSMO!ONLINE

POPULAR