fbpx

Barcelona semakin pamer keserasian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI (kiri) berjaya membuka akaun jaringan bersama Barcelona selepas meledak satu gol ketika aksi menentang Pumas UNAM awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Pemain te­ngah Barcelona, Pedri mengakui pasukan sudah mula mencipta ke­sefahaman dengan penyerang baharu, Robert Lewandowski selepas melakar kemenangan 6-0 pada aksi pramusim terakhir menentang kelab Mexico, Pumas UNAM awal pagi semalam.

Pada aksi di Camp Nou itu, Pedri berjaya menjaringkan dua gol dengan Lewandowski, Ousmane Dembele, Pierre-Emerick Aubameyang dan Frenkie De Jong masing-masing menyumbang satu gol untuk membantu pasukan menjulang Trofi Joan Gamper.

Kata Pedri, kemenangan ter­sebut sudah tentu menaikkan moral pasukan untuk berikan yang terbaik apabila saingan La Liga membuka tirai rasmi pada minggu ini sekali gus berusaha mencabar kejuaraan buat kali pertama sejak 2019.

“Ini adalah keputusan yang cukup positif kerana tiada apa yang lebih baik untuk dilakukan selain beraksi pada perlawanan persahabatan di laman sendiri. Kami tidak anggap ini sebagai aksi pramusim dan semua pemain serius untuk melakar kemenangan.

“Malah, kehadiran pemain-pemain baharu juga sudah serasi dengan kami khususnya Lewandowski yang kita tahu seorang pemain yang memiliki penyudah paling berbisa di dunia,” kata pemain berusia 20 tahun itu.

Sementara itu, pengendali The Catalans, Xavi Hernandez berharap keputusan itu dapat memberikan amaran bahawa pasukan serius untuk merampas kejuaraan berprestij pada kempen musim baharu nanti.

“Saya harap pemain akan te­ruskan momentum yang ada pada saingan pramusim dengan memberikan seratus peratus di atas pada bermula dengan aksi pertama liga menentang Rayo Vallecano pada minggu ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI