fbpx
ZULKIFLI (tengah) pada sidang akhbar kes kecurian peti besi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik hari ini.

Polis tahan lima individu kes curi peti besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Polis menahan lima individu termasuk seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah peti besi membabitkan kerugian RM37,000 di sebuah rumah di sini minggu lalu.

Kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 31 tahun itu ditahan Khamis lalu dalam tangkapan berasingan di sekitar Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang lelaki warga emas berusia 70-an berkaitan kehilangan peti besi miliknya yang disyaki dicuri kenalannya.

Katanya, bertindak atas laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik telah berjaya memberkas dua suspek wanita di sini yang kemudiannya membawa kepada tangkapan tiga suspek lain.

“Hasil daripada tangkapan itu berjaya menemukan beberapa barang kes di sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu termasuk wang tunai, barangan kemas, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan telefon bimbit yang dipercayai dibeli oleh suspek menggunakan wang curi,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Gerik di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek baru pertama kali melakukan jenayah tersebut dan mereka juga dipercayai mengenali mangsa.

Katanya, semakan mendapati hanya seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI