fbpx
Zailani turut memeriksa kenderaan perdagangan di Ibu Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Kemalangan melibatkan lori meningkat 28 peratus tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan terdapat peningkatan sebanyak 28 peratus kes kemalangan membabitkan lori bagi tempoh Januari sehingga Jun lalu di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, peningkatan itu membabitkan 19,888 kes kemalangan melibatkan lori direkodkan untuk enam bulan pertama tahun ini berbanding, 15,487 kemalangan tahun sebelumnya.

Jelas beliau, berdasarkan siasatan pihaknya terdapat kemalangan yang berpunca daripada masalah teknikal kenderaan itu sendiri seperti kegagalan sistem brek berfungsi dengan lebih baik.

“Bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan, JPJ memperketat prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Setiap kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan awalan dan pemeriksaan berkala (66B APJ 1987) di Puspakom mengikut ketetapan peraturan semasa bag memastikan kenderaan adalah selamat semasa digunakan di jalan raya,”katanya ketika ditemui pada Operasi Puspakom di Ibu Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan, disini, hari ini.

Dalam operasi itu, tiga pemandu lelaki berusia 23, 29, dan 32 tahun yang hadir memeriksa kenderaan perdagangan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja, manakala, 140 daripada 256 kenderaan perdagangan diambil tindakan dan 158 notis telah dikeluarkan.

Mengulas lanjut, Zailani mengingatkan kepada semua pengusaha pengangkutan dan juga pemandu kenderaan terutamanya kenderaan perdagangan supaya sentiasa mematuhi pemeriksaan berkala di Puspakom.

“Jabatan ini tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan terutamanya kegagalan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan harian sebagaimana digariskan dalam Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).

“Kegagalan mematuhinya akan diambil tindakan penyitaan dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN