fbpx

JIM bagi kerjasama penuh isu pegawai ditengking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee mengadakan lawatan di kaunter Imigresen di Gate Ketibaan KLIA, Sepang di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Jabatan Imigresen (JIM) akan memberikan kerjasama penuh kepada jawatankuasa khas berperanan menyiasat isu dakwaan seorang pegawai tertinggi kerajaan mengeluarkan kata-kata kasar terhadap pegawainya baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, ketika ini, pihaknya tidak mahu mengeluarkan sebarang komen berhubung isu itu, namun akan memberikan kerjasama penuh kepada jawatankuasa khas terbabit.

“Kami tidak boleh komen, jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan dan JIM akan beri kerjasama penuh sepenuhnya kepada jawatankuasa yang telah ditubuhkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini tadi.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau ada menghadiri sebarang mesyuarat bersama jawatankuasa khas itu, Khairul Dzaimee bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Shafiq Abdullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen baru-baru ini.

Antara yang menyertai jawatankuasa khas itu termasuklah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selain Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam  Baki. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI