fbpx
Aminuddin (tiga dari kanan) ditemani Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Zahari Md Afandi (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang sempena Majlis Perasmian Penutup Trans Naning NS Challenge 2022 di Tampin Water Park, di sini, tadi. - NOR AINNA HAMZAH

Trans Naning NS Challenge 2022 tarik penyertaan lapan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN – Trans Naning NS Challenge 2022 yang julung-julung kali diadakan berjaya menarik penyertaan 436 peserta termasuk 20 dari peserta luar tujuh negara iaitu Singapura, Jepun, Thailand, Korea, Australia, German dan India.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, program selama tiga hari berkenaan bakal menjadi program bertaraf antarabangsa dengan pengajurannya secara dwi tahunan.

Menurutnya, program berkenaan merupakan antara produk pelancongan sukan di negeri ini dan selaras dengan usaha Kerajaan Negeri dalam menaiktaraf titik akhir Banjaran Titiwangsa.

“Laluan pendakian ini menempuh tujuh puncak gunung di atas Banjaran Titiwangsa. Puncak-puncak tersebut adalah Gunung Datuk, Y Junction, Puncak Rembau, Puncak 70 Kem Ultra, Puncak 705, Puncak Tampin Utara dan Puncak Tampin Selatan.

“Keunikan Trans Naning berbanding dengan pendakian yang lain, ia merupakan denai ultra yang paling mencabar di Malaysia dari segi penjarakan dan ketinggian serta berada di atas banjaran terpanjang di Malaysia.

“Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia yang menganjur dari selatan Thailand ke Negeri Sembilan, di mana Tampin merupakan titik penghujung banjaran tersebut secara geografinya,” katanya sempena Majlis Perasmian Penutup Trans Naning NS Challenge 2022 di Tampin Water Park, di sini, tadi.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, mengikut sejarah, sukan ultra di Malaysia ini mula diceburi oleh TMBT atau ringkasan “The Most Beautiful Things “ di kawasan Pergunungan Kinabalu dengan laluan pendakian sejauh 37Km hingga 109Km.-KOSMO! ONLINE

POPULAR