fbpx

Terlibat aktiviti tidak bermoral, 6 pondan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan menerusi operasi dijalankan di Pekan Pandan Indah, malam tadi.

AMPANG – Seramai enam individu dipercayai pondan diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral serta dadah di Pekan Pandan Indah, di sini malam tadi.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua individu berkenaan diberkas menerusi operasi dijalankan polis bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada pukul 10.30 malam.

“Hasil dari operasi yang dijalankan, seramai enam individu berpakaian menyerupai lelaki disyaki pondan yang menjalankan aktiviti maksiat dan tidak bermoral di sekitar kawasan terbabit ditahan.

“Hasil saringan air kencing dijalankan turut mendapati salah seorang individu positif dadah jenis amphetamine dan syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, lima individu terbabit telah diserahkan kepada JAIS manakala seorang individu yang bukan beragama Islam disiasat oleh Polis Diraja Malaysia.

Selain itu, MPAJ turut mengenakan tindakan merobohkan bahagian-bahagian dinding bilik yang dijadikan bilik sewa tanpa kebenaran di bawah Seksyen 79(3) Akta Parit & Bangunan 1974 Akta 133.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30 Enakmen 9, Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI