fbpx
TINDAKAN Elyana berkongsi gambar tidak bertudung mencetuskan pelbagai respons daripada peminat yang rata-ratanya terkejut melihat perbuatan penyanyi itu.

Elyana kembali tidak bertudung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ibarat sudah bebas kanser, tudung pun ‘terbang’. Itu yang berlaku kepada penyanyi Elyana kini menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung.

Foto yang mengundang kejutan besar terhadap pengikut Instagramnya itu seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi, masing-masing berdebat mempersoalkan punca pelantun lagu Niat itu bertindak sedemikian rupa tanpa memikirkan kesan buruk terhadap imejnya.

Paling menarik perhatian ramai ialah apabila salah satu foto dikongsi memaparkan dia memakai baju yang tertulis ‘jadi diriku’.

Lebih-lebih lagi, wanita itu juga turut menutup ruangan komen untuk hantaran foto yang memaparkan aksinya tidak bertudung.

Bagaimanapun, percubaan Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada Elyana untuk memastikan sama ada gambar tersebut adalah foto lama ataupun baharu tidak berhasil kerana dia tidak memberi sebarang respons.

Beberapa hari lalu, pelakon drama Dunia Baru itu menempelak segelintir netizen yang menuduhnya menjaja kisah penyakit kanser demi untuk meraih simpati ramai.

Berang dilempar tuduhan tersebut, dia turut menyuarakan hasrat untuk bersemuka dengan individu terbabit.

Pada bulan lalu, dia mengakui penat hidup berpura-pura kuat seperti yang sering dipaparkan kepada umum selama ini.

Katanya, dia bukan seorang insan yang sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat terutama dalam berdepan ujian menghadapi penyakit kanser seperti sebelum ini.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu, dia mengumumkan berita gembira apabila disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 12 tahun lalu.

Elyana buat pertama kali membuka mulut membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

POPULAR