fbpx

Tambah baik sistem kesihatan awam negara – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohideen.

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menambah baik sistem kesihatan awam negara berikutan ancaman lima penyakit berjangkit yang melanda dan menjejaskan sebahagian besar daripada penduduk dunia.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, Malaysia juga turut tidak terlepas daripada virus Covid-19, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan Influenza.

”Dalam kes lima penyakit berjangkit (termasuk Cacar Monyet dan virus Marburg) yang mengancam negara kita, pihak berkuasa perlu mengambil langkah untuk membendung penyakit itu.

”Ini boleh dilakukan dengan menyediakan akses kepada langkah-langkah kebersihan kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen menjelaskan, kemajuan dalam kesihatan awam bukan hanya untuk memberi tumpuan kepada wabak penyakit tetapi untuk membendung penyakit.

”Ini boleh dilakukan dengan mengasingkan mereka yang dijangkiti penyakit untuk tempoh tertentu dan memastikan penyakit ini tidak berjangkit melalui hubungan rapat,” jelasnya.

Beritahunya, CAP menggesa KKM dan pihak berkuasa berkaitan mengambil beberapa langkah segera antaranya menyelenggara tandas awam supaya penularan penyakit bawaan air dapat dibendung.

”Pihak berkuasa juga perlu memastikan terdapat kemudahan air yang mencukupi di kawasan awam untuk pengguna mencuci tangan mereka dengan kerap.

”Satu sistem pelupusan yang mencukupi perlu disediakan di tempat awam bagi pelupusan barang tercemar seperti topeng, sarung tangan dan kertas tisu serta mewujudkan kesedaran mengenai perubahan iklim,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI