fbpx

Lelaki memancing di lubang jalan raya untuk sindir pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk nekad memancing di lubang gergasi yang terletak di tengah-tengah jalan raya yang rosak teruk sejak 10 tahun lalu. - CH3

BANGKOK – Seorang lelaki di Kampung Nin Man Thet, Thailand sengaja melakukan aktiviti memancing di sebuah lubang jalan raya berlubang yang dipenuhi air sebagai sindiran kepada kegagalan kerajaan tempatan dalam membaiki infrastruktur di situ, lapor laman berita Thaiger, semalam. 

Kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun untuk kerajaan membaiki jalan raya yang mengalami kerosakan teruk namun, tiada perkembangan positif yang diterima.

Jalan yang dimaksudkan itu menghubungkan daerah Non Sung dan Chaloem Phrakiat serta merupakan laluan penting yang sangat sibuk.

“Lubang gergasi itu terletak betul-betul di luar sekolah dan merupakan halangan yang dihadapi oleh pelajar setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah,” kata lelaki yang memancing itu.

Dia juga sudah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan diperbaiki.

Apabila penduduk kampung meminta jalan itu dibaiki, mereka diberitahu untuk bertenang, bersabar dan tunggu.

Namun selepas 10 tahun menunggu, penduduk berpendapat bantuan tidak akan datang dalam masa terdekat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI