fbpx
AESPA

Badan langsing tapi Aespa tak amalkan diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGGOTA kumpulan Aespa mendedahkan mereka tidak pernah menahan lapar dan berdiet untuk kekal cantik.

Ditemu bual dalam sebuah rancangan hiburan baru-baru ini, anggota Aespa yang turut dijamu snek ringan berserta air berkarbonat dilihat begitu selera menikmati juadah tersebut tanpa risau.

Diaju soalan oleh hos program tidakkah mereka risau akan peningkatan berat badan, keempat-empatnya hanya tersenyum dan tergelak kecil.

“Jujur kami tak pernah berdiet untuk nampak cantik atau apa. Tapi kami kawal pengambilan makanan dan jumlah kalori yang diambil.

“Kami memang suka makan. Rugi besar kalau nak berdiet sepanjang masa. Kami berdiet jika betul-betul perlu sahaja, tapi bukan sampai tak makan,” kata Winter selaku salah seorang anggota.

Sekadar info, Aespa memulakan debut pada 2020 dan bernaung di bawah naungan SM Entertaiment dengan dianggotai Karina, Giselle, Winter dan Ningning.

POPULAR