fbpx
Mich Goh.

Airbnb gesa kerajaan P. Pinang timbang draf cadangan aktiviti STRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Syarikat hospitaliti global, Airbnb menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang mempertimbangkan semula draf cadangan untuk aktiviti penginapan sewaan jangka pendek (STRA) yang dikhuatiri akan menjejaskan pemulihan industri pelancongan dan ekonomi negeri.

Ketua Dasar Awam untuk Airbnb di Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Mich Goh berkata, Airbnb bimbang cadangan draf kerajaan Pulau Pinang untuk aktiviti STRA akan menyukarkan rakyat negara ini menjana pendapatan sekali gus meletakkan pilihan ekonomi komuniti dalam keadaan berisiko pasa masa akan datang.

Menurutnya, semasa dialog awam bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo pada 28 Julai lalu, Airbnb dan ahli-ahli komuniti hos Airbnb berbincang dan memberikan maklum balas mengenai cadangan yang diusulkan majlis penduduk tempatan dan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

”Airbnb menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan Exco untuk JMB tempatan melaksanakan had ketat terhadap aktiviti STRA sehingga tiga malam seminggu dan 180 malam setahun serta menghalang STRA di bangunan strata komersial melainkan 75 peratus pemilik hadir dalam mesyuarat agung bagi mengundi untuk membenarkan STRA.

”Airbnb sebaliknya meminta tiada had malam dikenakan kerana had STRA semasa yang dicadangkan, jika dipersetujui oleh JMB di bangunan strata komersial akan menyekat keupayaan Pulau Pinang untuk mengembangkan ekonomi industri pelancongan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Goh, pada masa sama, situasi itu juga akan menyukarkan pengembara domestik dan antarabangsa untuk meneroka rantau ini dan akan menjejaskan keupayaan Pulau Pinang untuk kekal berdaya saing.

”Airbnb juga ingin menggesa Exco Perumahan agar membenarkan aktiviti STRA untuk diteruskan di bangunan strata komersial.

”Sebagai permulaan, STRA perlu terus dibenarkan dan JMB serta pemilik hartanah boleh memperkenalkan undang-undang yang berkaitan untuk aktiviti STRA di dalam bangunan,” tambahnya panduan STRA di peringkat negeri seharusnya menggalakkan industri pelancongan dan bukannya menyekat aktiviti pelancongan Pulau Pinang. KOSMO! ONLINE

POPULAR