fbpx

Tuduhan terhadap KPPA berniat jahat – JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Jabatan tersebut berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan yang tular di media sosial berhubung tuduhan kononnya KPPA tersebut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

“JPA memandang serius perkara ini dan ingin menegaskan bahawa segala pertuduhan terhadap KPPA adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

“Untuk makluman, KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya Encik James Lee akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, mereka malahan telah diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan dan JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi udang-undang.

Katanya, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“JPA juga ingin menegaskan bahawa teguran tersebut tidak dibuat di khalayak ramai malah KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah.

“Beliau juga turut mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan
imigresen,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, pihak JPA amat kesal dengan kenyataan-kenyataan palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab justeru ingin mengesyorkan supaya perkara tersebut disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Terdahulu Kosmo! Online semalam melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut KPPA membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang pegawai imigresen berhubung insiden tengking yang berlaku di sebuah ‘bilik VIP’ dekat KLIA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI