fbpx

Pemain Southampton pelengkap kesebelasan utama skuad Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARD-PROWSE bukan seorang bintang, namun pemain Southampton ini konsisten dalam meraih mata Fantasi.

TIDAK banyak rombakan yang dilakukan oleh kelab Southampton kendalian Ralph Hasenhuttl pada jendela perpindahan kali ini meskipun dilihat agak bergelut untuk kekal pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas.

Kelab yang berpangkalan di St. Mary ini telah menandatangani Gavin Bazunu dari kelab Manchester City, Mateusz Lis (Altay SK), Armel Bella-Kotchap (Bochum), Romeo Lavia Man. City), Joe Aribo (Rangers) dan Sekou Mara (Bordeaux).

Berdasarkan prestasi dan jumlah pungutan mata pada Fantasy Premier League (FPL) musim lepas, sudah tentu kapten pasukan, James Ward-Prowse menjadi pilihan utama kerana aksi konsisten yang dipamerkan di tengah padang.

Selain itu, pemain-pemain prtahanan pasukan Sout­hampton juga dilihat berpotensi untuk diserapkan dalam kesebelasan utama memandangkan harga mereka yang murah seperti Jan Bednarek, Tino Livramento dan Kyle Walker-Peters.

Namun, Southampton yang sebelum ini mengharapkan sentuhan penyerang pinjaman dari Chelsea, Armando Broja kini terpaksa menagih penyudah daripada Che ­Adams dan Adam Armstrong.

Berminat untuk menyertai Liga Fantasi Kosmo!, daftar segera di https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/ untuk menang hadiah mingguan RM200 atau keseluruhan RM100,000.

GELARAN
The Saints

PENJAGA GOL
Alex McCarthy – £4.5, Willy Caballero – £4.0, Mateusz Lis – £4.0, Gavin Bazunu – £4.5,

PERTAHANAN
Jan Bednarek – £4.5, Kyle Walker-Peters – £4.5, Tino Livramento – £4.5, Mohammed Salisu – £4.5, Romain Perraud – £4.5, Lyanco Neves – £4.5 Jack Stephens – £4.5, Yan Valery – £4.0, Armel Bella-Kotchazp – £4.5

TENGAH
James Ward-Prowse – £6.5, Mohamed Elyounoussi – £5.5, Oriol Romeu – £5.0, Nathan Redmond – £5.5, Stephen Armstrong – £5.0, Ibrahima Diallo – £4.5, Nathan Tella – £5.0, Moussa Djenepo – £5.0, Theo Walcott – £5.0, Romeo Lavia – £4.5, Joe Ayodele-Aribo – £5.5,

PENYERANG
Che Adams – £6.5, Adam Armstrong – £5.5, Sekou Mara – £5.5

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI