fbpx

Dominic Solanke umpama arang jadi permata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERMAINAN Solanke semakin matang dan merekodkan jaringan kedua terbanyak pada Liga Kejuaraan musim lepas. - AFP

DUA tahun selepas penyingkiran ke Liga Kejuaraan, Bournemouth akhirnya kembali bersaing pada Liga Perdana Inggeris.

Pasukan yang baru dinaikkan pangkat ini akan memulakan musim baharu dengan perlawanan di gelanggang sendiri di Stadium Vitality menentang Aston Villa.

Bagaimanapun, mampukah pemain skuad The Cherries yang sudah dua tidak beraksi pada tahap tertinggi menyerap tekanan pada perlawanan sepanjang Ogos menentang Manchester City (A), Arsenal (H), Liverpool (A) dan Wolverhampton Wanderers (H).

Bournemouth kadang kala mampu me­lakukan kejutan dan pemain yang boleh dipertimbangkan oleh pengurus Liga Fantasi ialah Dominic Solanke. Pada tahun pertamanya yang dibeli pada harga £19 juta (RM103.40 juta), ramai yang menyifatkannya sebagai pemain gagal.

Bagaimanapun, Solanke berjaya bangkit dan menjadi bintang utama dalam kempen kejayaan The Cherries ke EPL. Solanke menamatkan saingan dengan menjaringkan 29 gol, hanya di belakang pemenang kasut emas, Aleksandar Mitrovic.

Tidak dinafikan, akan wujud persoalan sama ada Solanke akan mampu tampil dengan pres­tasi sama di peringkat lebih tinggi, namun dia dua tahun lebih matang dan yakin. Apa yang pasti Solanke lebih bersedia untuk saingan EPL musim ini.

Pendaftaran Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh dilakukan dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Gelaran: The Cherries

PENGURUS
Scott Parker

PENJAGA GOL (Harga Fantasi)
Mark Travers £4.5, Will Dennis £4.0,

PERTAHANAN
Ryan Fredericks £4.5, Adam Smith £4.5, Jack Stacey £4.5, Chris Mepham £4.5, Lloyd Kelly £4.5, Jordan Zemura £4.5,

TENGAH
Junior Stanislas £5.0, David Brooks £5.5, Jamal Lowe £5.5, Emiliano Marcondes £5.0, Jefferson Lerma Solís £5.0, Lewis Cook £5.0, Ben Pearson £4.5, Ryan Christie £5.5, Philip Billing £5.5, Philip Billing £5.0, Jaidon Anthony £5.5, Joe Rothwell £5.0, Marcus Tavernier £5.0

PENYERANG
Kieffer Moore £5.5, Dominic Solanke £6.0

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI