Seorang warga emas berusia 66 tahun mungkin menjadi orang kelima yang pulih sepenuhnya daripada menghidapi masalah virus kurang imun manusia (HIV).
Dia pulih selepas daripada masalah itu setelah menerima pemindahan sel stem.
Berdasarkan laporan daripada Live Science, pesakit tersebut disahkan menghidap HIV pada 1988.
“Apabila saya disahkan menghidap HIV pada 1988, seperti orang lain, saya fikir ia seperti hukuman mati,” kata pesakit tersebut.
Selepas disahkan menghidap HIV, pesakit terus mengambil ubat antitetroviral selama 31 tahun untuk mengawal virus dalam badan.
Dalam satu keadaan, pesakit juga telah menghidap AIDS, yang bermaksud sel darah putih dalam dirinya boleh menurun secara drastik ke tahap kritikal.
Pada 2018, pesakit itu menghidap leukemia myelognous akut (AML), iaitu kanser darah dan sumsum tulang.
Doktor sebaliknya merawat kanser dan HIV kepadanya menggunakan pemindahan sel stem daripada penderma dengan mutasi genetik yang jarang berlaku.
Mutasi itu dipanggil CCR delta 32 homozigus.
Mereka yang membawa mutasi itu menjadi kebal terhadap HIV dengan mengalihkan laluan yang mana virus tersebut biasanya mengeksploitasi keadaan.
Selepas pemindahan dilakukan, tiada aktiviti virus HIV dalam badan pesakit warga emas itu selama 17 bulan.
Bagaimanapun, pakar terus memantau keadaannya dan mungkin mengisytiharkan pemulihan pesakit jika status ketiadaan virus HIV adalah kekal.














