fbpx

Khidmat peguam syarie percuma kepada pendapatan bawah RM3,000 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyediakan khidmat bantuan guaman syarie secara percuma kepada mereka yang berpendapatan kasar bawah RM3,000 di negeri ini.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, langkah mengubah syarat kelayakan berbanding RM1,500 sebelum ini bertujuan membantu umat Islam kurang berkemampuan terutama B40.

Katanya, perkhidmatan tersebut adalah bagi semua kes di Mahkamah Syariah di Selangor.

“Menerusi bantuan guaman secara percuma itu, MAIS berharap dapat membantu penyelesaian kes di mahkamah syariah.

“Penyelesaian kes kekeluargaan turut selaras dengan peranan kita bagi menyantuni golongan memerlukan dan meningkatkan kesejahteraan sosial umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Shahir, kes yang diwakili anataranya permohonan cerai biasa, cerai fasakh, cerai ta’liq, pengesahan lafaz cerai dan rujuk, poligami, nusyuz, wali hakim, faraq nikah, pengesahan nikah dan sah taraf anak.

“Ia turut melibatkan tuntutan nafkah anak, tuntutan tunggakan dan tuntutan ubah perintah nafkah anak” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya berharap orang ramai memanfaatkan peluang yang disediakan itu dalam membantu menyelesaikan urusan berkaitan.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh didapati menerusi laman sesawang www.mais.gov.my/bantuan-guaman-syarie-kategori-umum/ atau datang terus ke Kaunter Bahagian Undang-Undang Syariah di Bangunan Sultan Idris Shah atau menghubungi talian 03-5514 3643. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI