fbpx

Kevin De Bruyne, Joao Cancelo tumpuan utama Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE masih dilihat sebagai pemain yang mampu memberi mata tinggi buat pengurus-pengurus Liga Fantasi Kosmo!

LIGA Fantasi ­Kosmo! meramalkan akan berlaku wajah baharu di Manchester City selepas beberapa nama besar me­ninggalkan Stadium Etihad, namun ja­ngan terlalu berharap perpindahan tersebut akan meng­gangu ­penguasaan The Citizens pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sementelah mereka sedia mempertahankan mahkota itu.

Selepas memenangi empat daripada lima kejuraan EPL terakhir, skuad kendalian Pep Guardiola telah melepaskan empat pemain utamanya meninggalkan Stadium Etihad, tetapi menggantikannya dengan bakat baharu yang sepatutnya mampu mengekalkan status mereka sebagai calon pilihan kejuaraan EPL.

Pembelian terbesar City pada jendela kali ini ialah penyerang muda paling prolifik di Eropah berasal dari Norway, Erling Haaland, 22, yang mampu menjaringkan ba­nyak gol dan penyerang berbisa Argentina,Julian Alvarez, 22, dari ­River Plate.

Tidak dinafikan, barisan pemain The Citizens dari benteng pertahanan, bahagian tengah dan jentera sera­ngan tidak pernah mengecewakan untuk meraih mata tinggi, bahkan Kevin De Bruyne dan Joao Cancelo diramal penyumbang mata terbesar dalam Liga Fantasi.

Pendaftaran Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh dilakukan dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI