fbpx

Hospital Pengajar UniSZA mula beroperasi secara percubaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADZLI (kanan) memberi penerangan berhubung mesin imbasan CT kepada Ahmad (dua dari kiri) di Hospital Pengajar UniSZA, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mula dibuka secara pengujian bermula kelmarin sebelum dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr. Fadzli Adam berkata, buat masa ini, klinik perubatan am sudah beroperasi secara dalaman terhad kepada kakitangan hospital tersebut.

“Percubaan ini bagi membolehkan pengurusan Hospital Pengajar UniSZA meneliti keberkesanan dan kesesuaian pergerakan pesakit sewaktu mendapatkan rawatan.

“Ia membolehkan penilaian dan penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan apabila mula beroperasi secara penuh kelak,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini.

Fadzli berkata, Hospital Pengajar UniSZA yang dilengkapi 16 bilik bedah dan 10 bilik bersalin menyasarkan untuk beroperasi secara patuh syariah.

Jelas beliau, antara pendekatan yang bakal diambil ialah pengasingan bilik bedah dan perkhidmatan pegawai perubatan mengikut jantina pesakit.

“Buat fasa pertama, Hospital Pengajar UniSZA dilengkapi 100 katil dan kita berharap agar peruntukan 100 lagi katil akan diluluskan kerajaan dalam Rolling Plan ketiga (RP3) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) tidak lama lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI