fbpx

Wanita kahwini pelayan diupah pada majlis penceraiannnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabriella dan John kini berkahwin dan dikurniakan seorang bayi. - Gabriella Landolfi/SWNS

CANBERRA – Seorang wanita di Australia jatuh cinta dan berkahwin dengan pelayan yang diupah untuk majlis perceraiannya, lapor laman berita Lad Bible kelmarin.

Percintaan mereka bermula pada Mac 2019 apabila Gabriella Landolfi, 29, memutuskan untuk mengadakan pesta bagi meraikan perceraiannya.

Perceraian Gabriella adalah muktamad dan dia ingin berseronok bersama rakan-rakannya. Wanita itu memutuskan untuk mengupah sekumpulan pelayan lelaki tidak berbaju untuk menghilangkan tekanan.

Pada keesokan pagi selepas majlis tamat, Gabriella menerima mesej daripada John Landolfi, salah seorang pelayan itu. Mereka juga didapati mempunyai nama keluarga yang sama. 

John menghantar mesej untuk memastikan Gabriella baik-baik sahaja dan hubungan mereka berkembang.

“Saya tidak pernah menjangkakan untuk menjalin hubungan dengan pelayan yang saya upah untuk majlis perceraian saya apatah lagi berkahwin dengannya.

“Tetapi apabila mengenalinya, saya dapat melihat betapa hebatnya dia. Sekarang saya mempunyai keluarga yang paling bahagia” kata Gabriella.

John mempunyai seorang anak daripada hubungan terdahulu dan teruja apabila mendapati Gabriella hamil pada Ogos 2020. Malangnya, wanita itu keguguran pada November 2020, dua minggu sebelum mereka berkahwin.

Pasangan itu menjalani hidup yang sukar tetapi berjaya mengharunginya. Selepas berkahwin, mereka menyambut kelahiran seorang bayi lelaki, Matteo pada Julai 2021. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI