fbpx
FOFANA (kiri) menjadi buruan Chelsea yang melihatnya sebagai pengganti sesuai selepas gagal mendapatkan khidmat Kounde. – AFP

Chelsea perlu siapkan dana bernilai £85 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Chelsea dilaporkan terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Leicester City, Wesley Fofana ketika mereka tewas kepada Barcelona dalam pertaru­ngan untuk mendapatkan Jules Kounde.

Mereka dilaporkan sedang menyiapkan dana untuk membawa pemain ber­usia 21 tahun itu ke Stamford Bridge, namun Leicester dilaporkan tidak akan melepaskan khidmat pemainnya itu sekiranya nilai ditawarkan kurang daripada £85 juta (RM461.31 juta).

Selepas melalui sebahagian besar musim lepas di bangku simpanan akibat kecederaan, Fo­fana telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Leicester menyebabkan pengurus pasukan itu, Brendan Rodgers tidak berminat untuk melepaskan pemain itu.

Fofana menyertai Leicester pada 2020 dengan nilai £36.5 juta (RM198.09 juta) selepas menikmati musim yang cemerlang di Ligue 1 bersama Saint-Etienne sebelum itu.

Sejak menyertai Leicester, Fofana membuktikan dirinya adalah salah seorang pemain tonggak pasukan itu apabila membuat 28 penampilan pada musim pertamanya dan hampir membantu pasukan itu layak ke saingan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Chelsea dilaporkan turut mempunyai pelan alternatif apabila turut menamakan dua pemain Inter Milan, Denzel Dumfries dan Milan Skriniar sebagai calon pilihan jika gagal mendapatkan Fofana.

Kedua-dua pemain berkenaan berjaya membantu Inter menjulang Piala Itali menewaskan Juventus pada Mei lalu sekali gus menyaksikan Nerazzuri menjulang trofi domestik berkenaan buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun. – AGENSI

POPULAR