fbpx

4 kali terputus bekalan elektrik angkara pokok pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham pada sidang DUN Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Tanaman kontan jenis pisang yang diusahakan di kawasan rentis Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyebabkan empat kali kejadian terputus bekalan elektrik di Selangor pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, ini susulan keadaan pokok tersebut yang tinggi dan berair (di pucuk dan daunnya) mengakibatkan peralatan elektrik TNB terbakar.

Katanya, sememangnya berlaku perbincangan dengan pihak TNB supaya kawasan rentis ini dimanfaatkan dengan sebaiknya terutama di kawasan bandar.

“Namun, terdapat beberapa tanaman kontan yang berbahaya seperti pisang yang meyebabkan tahun lalu sahaja dengan empat kali berlaku tripping (terputus bekalan elektrik).

“Pokoknya tinggi dan berair serta saya sudah tengok laporan TNB bahawa ada empat tempat berlaku trip dan terbakar. Justeru, pokok pisang tidak dibenarkan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) samada penanaman di tanah rizab TNB dilakukan bagi menambah projek bekalan sekuriti makanan di Selangor.

Izham yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah memberitahu, setiap tanaman yang ingin dilakukan perlu memohon melalui Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI