fbpx

Tiga pelajar tingkatan dua maut motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda EX5 yang terlibat dalam kemalangan meragut tiga nyawa remaja di KM 80, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bukit Besi, Dungun malam tadi.

DUNGUN – Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga sahabat karib maut selepas motosikal Honda EX5 dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Proton Saga Aeroback di Kilometer 80, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bukit Besi di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.25 malam itu, ketiga-tiga mangsa iaitu Muhammad Faris Haikal Mohd. Faizal, Muhammad Hafiqzie Mohd. Zukri dan Mohammad Salman Faris Samsu meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, tiga sahabat itu yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi di sini dikatakan dalam perjalanan untuk makan malam di sebuah kedai makan berhampiran.

“Siasatan awal mendapati motosikal Honda EX5 ditunggang Muhammad Faris Haikal manakala dua rakannya membonceng di belakang.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga Aeroback dinaiki sebuah keluarga dikatakan memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan lain sebelum merempuh motosikal dinaiki kesemua mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, rempuhan itu menyebabkan dua daripada mangsa tercampak manakala seorang lagi terseret sejauh beberapa meter.

Tambah beliau, pemandu kereta Proton Saga Aeroback yang merupakan lelaki berusia 50 tahun dan seorang anaknya cedera ringan akibat kemalangan tersebut.

“Mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI