fbpx

Isa pernah putus asa jadi untuk artis idola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISA

KETIKA nama menjadi sebutan dan sedang meniti populariti setanding dengan kumpulan lain, kumpulan STAYC sebenarnya hampir bergerak dengan lima orang anggota.

Dedah STAYC, seorang daripada mereka iaitu Isa pernah berdepan waktu getir sehingga mengundur diri menjadi seorang artis.

Isa sebenarnya mengalami kesulitan mendepani hidup di tempat baharu apabila terpaksa menyesuaikan diri selepas berpindah dari kampung halamannya di Busan ke Seoul demi menjadi pelatih.

Lebih parah, dia dipengaruhi rasa kurang keyakinan diri dan menganggap dirinya tidak layak berada bersama STAYC.

Isa akhirnya memutuskan meninggalkan STAYC dan kembali ke Busan tetapi ahli kumpulannya yang lain ibarat patah kaki selepas pengunduran penyanyi itu.

Ketua kumpulannya, Sumin menjelaskan, dia dan rakan yang lain banyak membantu menaikkan kembali semangat selain menyalurkan kasih sayang buat Isa.

Hasil pujukan, Isa akhirnya berlembut hati dan kembali menyertai STAYC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI