fbpx
Keadaan pesawat ringan yang terhempas malam semalam. - FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

CAAM siasat nahas libatkan pesawat dalam latihan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan satu siasatan akan dijalankan berhubung kejadian nahas melibatkan sebuah pesawat yang sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji di Ipoh, Perak sebentar tadi.

CAAM menerusi satu kenyataan berkata, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Keadaan pesawat yang terhempas di Jalan Dr. Nazrin Shah- Sungai Rokam di Ipoh hari ini.

“CAAM ingin mengesahkan kemalangan melibatkan pesawat yang sedang menjalani latihan itu berlaku selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada Isnin, 1 Ogos 2022.

“Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.07 malam dan jenis pesawat terlibat adalah Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA yang dikendalikan oleh Bats Aviation Sdn. Bhd.,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, seorang juruterbang telah disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sedang menerima bantuan perubatan.

Keadaan pesawat yang terhempas di Jalan Dr. Nazrin Shah- Sungai Rokam di Ipoh hari ini. – FOTO: BAHAGIAN OPERASI HQ JBPM

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas.

Difahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang merupakan ketua jurulatih penerbangan cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

POPULAR