fbpx

Bakat muda diperlukan dalam perkhidmatan logistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Isu pengharaman rokok dan produk tembakau di negara ini bakal menyebabkan pemain dalam industri tembakau khususnya daripada pengilang hingga kepada pembekal, pemborong dan pengedar terjejas teruk untuk tempoh jangka panjang.

Wakil syarikat pengendali logistik utama di Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan produk tembakau berasa bimbang terhadap  Dasar Penamat Generasi (GEG) yang mengharamkan penjualan rokok kepada individu yang dilahirkan selepas 2007.

Menurut jurucakapnya,  selain individu yang lahir selepas 2007 tidak dibenarkan bekerja di syarikat yang terlibat dalam rantaian bekalan tembakau. 

“Bakat muda adalah aset utama syarikat logistik, tanpa mereka, perniagaan tidak akan dapat bertahan.

“Kami terkejut dengan Rang Undang-undang itu kerana ia memberi kesan langsung kepada perniagaan kami dan Kementerian Kesihatan tidak melibatkan kami sebelum pembentangan Rang Undang-undang itu. 

“Mereka sepatutnya mendapatkan pandangan dan maklum balas kami terlebih dahulu.

“Sekali gus, larangan tersebut hanya akan memperbesarkan lagi perdagangan tembakau seludup di Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Syarikat itu mendakwa, skala perdagangan tembakau seludup di Malaysia tidak boleh dipandang remeh, kerana ia kini mencapai lebih 60 peratus.

“Tidak adil kepada entiti yang mematuhi undang-undang seperti kami kerana kami membayar cukai dan menyumbang kepada negara, manakala entiti haram mengelak cukai, dan perniagaan mereka terus berkembang,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI