fbpx

Verstappen julang kemenangan sulung di Hungary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Max Verstappen menjulang kemenangan sulungnya di Grand Prix (G) Hungary.

Budapest – Max Verstappen menjulang kemenangan sulungnya di Grand Prix (G) Hungary selepas menampilkan pemanduan cemerlang ekoran keadaan cuaca yang mencabar di Litar Hungaroring sebentar tadi.

Pemandu Red Bull Racing tersebut sukar mempercayai dia mampu menjulang kemenangan di Hungary selepas memulakan perlumbaan di petak ke-10.

Bagaimanapun, strategi penentuan tayar berikutan keadaan litar yang mula licin membuka ruang kepada Verstappen untuk meraih kemenangan di Hungary.

“Saya tak percaya untuk naik podium kerana saya hanya sasar untuk ke podium. Keadaan perlumbaan agak mencabar tetapi kami mempunyai strategi yang agak baik.

“Saya bernasib baik sempat untuk kembali dalam perlumbaan selepas jentera secara tiba-tiba berpusing terbabas ekoran keadaan litar agak licin. Apapun, saya sangat gembira kerana berjaya muncul juara di sini,” katanya.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc pulang hampa apabila strategi pemilihan tayar serba tidak menjadi sekali gus meragut peluangnya untuk menaiki podium selepas sekadar menamatkan saingan tempat keenam.

Pasukan Mercedes pulang dengan keputusan terbaik apabila meraih kemenangan 2-3.

Lewis Hamilton berjaya mencari penamat terbaik di tempat kedua dan George Russell yang memulakan saingan di petak hadapan mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI