fbpx

Sultan Johor zahir ucapan tahniah buat Mohd. Aniq Kasdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aniq merangkul pingat emas dalam acara angkat berat kategori 55 kg lelaki dengan jumlah 249kg, yang juga merupakan rekod baharu Sukan Komanwel.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet angkat berat, Mohd. Aniq Kasdan atas sumbangan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 semalam.

Sultan Ibrahim bertitah, pencapaian membanggakan anak kelahiran Segamat itu menjadi kebanggaan seluruh rakyat di negeri ini.

“Anda menjadi kebanggaan kami semua. Semoga terus berusaha mencapai kejayaan,” titah Baginda di Facebook rasminya hari ini.

Semalam, Mohd. Aniq, 20, telah merangkul pingat emas dalam acara angkat berat kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan jumlah 249kg, yang juga merupakan rekod baharu Sukan Komanwel.

Pencapaian itu amat membanggakan buat atleh angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) Johor yang pertama kali bertanding di pentas sukan Komanwel

Mohd. Aniq menamatkan saingan snatch dengan angkatan seberat 107kg dalam percubaan pertamanya sebelum memecahkan rekod kejohanan dalam saingan clean and jerk dengan angkatan 142kg.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah turut menghambur pujian kepada atlet muda itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI