fbpx

Australia cemerlang aksi hari pertama Sukan Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD berbasikal trek Australia menerusia Leigh Hoffman, Matthew Glaetzer dan Matthew Richardson menyumbang emas ketiga buat negara itu pada hari pertama temasya berlangsung. – AFP

BIRMINGHAM – Australia mendominasi hari pertama Sukan Komanwel 2022 apabila menyapu lapan pingat emas daripada 16 acara temasya tersebut selepas mendominasi sai­ngan di kolam renang dan juga di velodrom.

Kem renang Australia yang membawa rekod cemerlang di Kejohanan Dunia, Budapest bulan lalu meneruskan dominasi selepas memenangi lima dari tujuh aksi final di Pusat Akuatik Sandwell.

Perenang berusia 21 tahun dan juga pemenang Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ariarne Titmus meneruskan aksi cemerlangnya apabila menjuarai acara 200 meter (m) gaya bebas.

Juara Olimpik 2020, Zac Stubblety-Cook te­rus menambah koleksi kemenangannya apabila meraih emas dalam acara 200m kuak dada lelaki dan Elijah Winnington menuai emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki.

Aksi cemerlang tersebut tidak terhenti di situ saja apabila Australia menambah emas dalam acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti.

Dalam acara berbasikal, Jess Gallagher dan Caitlin Ward bergabung untuk memenangi pingat emas pertama Australia dalam acara trek para wanita.

Skuad berbasikal wanita Australia, Georgia Baker, Maeve Plouffe, Sophie Edwards dan Chloe Moran turut cemerlang apabila memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam acara berpasukan (4000m) selepas me­lakukan 4 minit 14.605 saat (s).

Skuad berbasikal trek lelaki, Leigh Hoffman, Matthew Glaetzer dan Matthew Richardson menambah pingat emas ketiga Australia selepas tampil cemerlang mengatasi England dan New Zealand menerusi rekod baharu kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI