fbpx

Orang Sabah pertama sampai bulan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang individu yang dikatakan di Sabah memerli keadaan jalan raya di sana.

PETALING JAYA – Seakan tidak percaya apabila melihat satu klip video yang menyaksikan seorang individu sedang berjalan seperti di permukaan bulan.

Video yang kini tular di media sosial itu rupa-rupanya hanya berlaku di Sabah, Malaysia.

Didakwa individu yang lengkap memakai seragam angkasawan itu merupakan ‘Sabahan’ dan sedang berjalan di salah satu jalan raya yang tidak rata dan berlopak.

Dikatakan klip tersebut dihasilkan adalah kerana ingin memerli pihak terlibat yang hanya membiarkan keadaan jalan tersebut dengan keadaan yang amat menyedihkan.

Rata-rata orang ramai juga bersetuju dengan cara memerli itu dan menyifatkan orang di balik tabir video tersebut seorang yang kreatif.

“Aku tabik la dengan siapa yang buat video macam ni, baru ada akal sikit pemerintah ni, ” kata Ardini Zara.

“Lawak pun ada tapi bagi aku bijak la cara perli ni. Kalau kita tengok memang macam dekat bulan jalannya. Padahal di Sabah sahaja, ” kata Nini Ijani.

“Dah tak rasa malu lagi ke pihak berwajib sampai tahap ni orang perli kamu, kalau aku tak tahu nak letak muka ni dekat mana dah, ” kata Fadzli Yusoff. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI