fbpx
Pengerusi i-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (kanan) memukul gong sebagai simbolik perasmian i-City Finance Avenue di i-City, Shah Alam semalam.

i-City Finance jadi hab segitiga emas negeri Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – i-Berhad (I-BHD) mahu menjadikan salah satu projek pembangunannya, i-City Finance Avenue (i-City Finance) sebagai hab pelaburan di kawasan segi tiga emas Selangor.

Ketua Pegawai Teknologi dan Pengarah Eksekutif i-City, Ricky Lim Boon Soon berkata, pusat terbabit mula dibina kira-kira lapan tahun dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.5 bi­lion.

“Kita bina pusat perniagaan ini agar ia dapat menarik lebih banyak syarikat untuk membuka perniagaan di sini.

“i-City Finance Avenue memiliki tujuh buah bangunan yang merangkumi bangunan Mercu Maybank, hotel Double Tree by Hilton, Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), pusat kediaman Hill10 dan BeCentral serta pejabat premium dan bangunan suite peruncitan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian i-City Finance di I-City di sini semalam.

Menurut Boon Soon, pusat tersebut yang berkeluasan 3.01 hektar itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025 dengan siapnya ICC dan pejabat premium serta bangunan suite peruncitan.

Tambah beliau, kesemua bangunan tersebut dilengkapi teknologi pintar terdiri daripada pusat data bersepadu, Super AI Network dan rangkaian gentian berkembar.

“Kami mahu pastikan ke­semua pekerja, penduduk serta pengunjung dapat menikmati pengalaman menggunakan tek­nologi terkini di kesemua ba­ngunan ini.

“Dalam pada itu, kami sasarkan kira-kira 10,000 pengunjung daripada golongan profesional hadir ke i-City setiap hari menje­lang tahun depan,” ujarnya.

Menurut Boon Soon, Double Tree by Hilton mula beroperasi semalam dan bakal dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Ogos ini. -KOSMO! ONLINE

POPULAR