fbpx

Pusat data kedua terbesar dibina di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf Yusoh pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh. - FOTO: RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Sebuah pusat data kedua terbesar selepas Putrajaya yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit akan dibangunkan di negeri ini pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kanan Pelaburan,Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pusat data itu merupakan pelaburan baharu yang diterima daripada negara China.

Katanya, hub berkenaan dirancang dibangunkan di kawasan seluas lapan hektar di Ayer Keroh dalam tempoh 12 bulan selepas perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

“Kita mempunyai kabel dasar laut yang digunakan untuk rangkaian internet di Pengkalan Balak dan disebabkan itu pelabur China berminat untuk membangun sebuah pusat data bernilai berbilion ringgit di Ayer Keroh.

“Setakat ini pembinaan itu akan meliputi tujuh kampus dan bakal menjadi hub data kedua terbesar selepas Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar ketika penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelaburan sektor digital itu juga telah dicadangkan di peringkat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan sedang dikaji bagi menentukan lokasi pembangunan.

“Kita telahpun kenal pasti beberapa lokasi dan pemilik tanah kawasan perindustrian untuk proses pembelian tanah.

“Setakat ini kita telah memberikan dua cadangan kepada MIDA dan sekiranya kelulusan diberikan, projek ini akan terus dilaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI