fbpx
Nurfaizah reda dengan kematian tunang tersayang, Allahyarham Muhamad Iman.

Mimpi Iman Aqmar pulang 26 hari bulan jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR GUDANG – Tunang kepada Allahyarham Muhamad Iman Aqmar Dzulkarnain tidak ­menyangka pertemuan dalam mimpi dengan arwah yang berkata akan pulang pada 26 hari bulan petanda dia dikebumikan pada tarikh sama semalam (26 Julai).

Nurfaizah Mahadi, 25, ber­kata ,mimpi kali kedua bertemu tunangnya itu kini menjadi kenya­taan apabila jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih, di sini awal pagi semalam.

Nurfaizah berkata, dia bermimpi bertemu Allahyarham dua kali pada awal tahun ini dalam tempoh hampir 10 bulan tunangnya itu yang hilang.

“Saya tanya dalam mimpi tu, dia kat mana, dia jawab dalam 26 hari bulan nanti dia balik.

“Saya tidak ingat tarikh mimpi itu tetapi dalam mimpi pertama, saya hanya sempat bertanyakan ke mana dia pergi tetapi dibalas dengan senyuman saja.

“Dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian Muhammad Iman Aqmar di Ta­nah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih di sini semalam.

Berita berkaitan: Misteri kehilangan Muhammad Iman Aqmar terjawab

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar, 24, tular di media sosial pada tahun lalu selepas adik Allahyarham, Nurul Izz Anisah, 21, meminta bantuan orang ramai berkenaan kehilangan abangnya itu.

Anak sulung daripada dua beradik itu bergerak dari Pasir Gudang pada pukul 1.30 pagi, 29 Oktober tahun lalu ke Terengganu dengan memandu kende­raan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

Berita berkaitan: Iman Aqmar yang hilang 10 bulan sudah pilih nikah 31 Ogos ini

Bagaimanapun, dia selepas itu gagal dihubungi keluarga, majikan dan Nurfaizah.

Nurfaizah melahirkan rasa syu­kur kerana misteri kehila­ngan tunangnya hampir 10 bulan terjawab setelah kerap terba­yang diri­nya sebelum ini dan risau kea­daan Allahyarham yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu.

“Saya rasa bersyukur selama hampir 10 bulan kami menunggu jawapannya, sekarang sudah terjawab di mana dia berada.

“Ada kuburnya, saya syukur sangat. Saya rasa bersyukurkerana ini jawapan yang saya tunggu. Selama 10 bulan ini saya selalu fikir dia di mana? Dia makan ke atau tidak?,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN