fbpx

Mahkamah minta hukuman mati ke atas pesalah disiar secara langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naira Ashraf ditikam oleh Mohamed Adel ketika dia tiba di universiti. - CEN

CAIRO – Seorang mahasiswa sebuah universiti di Mesir yang menikam rakan sekelas selepas mangsa menolak lamarannya perlu menjalani hukuman gantung secara siaran langsung di kaca televisyen, lapor akhbar The Sun semalam. 

Pembunuhan kejam terhadap Naira Ashraf di luar universitinya di utara Mesir oleh Mohamed Adel, 21, pada bulan lalu telah mengejutkan rakyat Mesir.

Adel didapati bersalah membunuh Naira di luar Universiti Mansoura, manakala mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 6 Julai lalu.

Dalam satu keputusan luar biasa, mahkamah berkenaan meminta Parlimen supaya hukuman gantung terhadap pesalah disiarkan secara langsung di televisyen. Arahan tersebut sebahagiannya bertujuan untuk mencegah jenayah serupa daripada berulang.

Keputusan mahkamah berhubung hukuman tersebut disiarkan pada 24 Julai lalu. Peguam defendan, Farid El-Deeb bagaimanapun berkata, anak guamnya akan membuat rayuan.

“Kami masih mempunyai 60 hari untuk mencabar keputusan hukuman mati terhadap Adel,” katanya.

Serangan itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan pembunuh Naira menumbuk kepalanya ketika mangsa turun daripada sebuah bas pada 20 Jun lalu untuk menduduki peperiksaan akhir.

Semasa mangsa jatuh ke tanah, suspek melompat ke atasnya dan berulang kali menikam leher mangsa. 

Naira meninggal dunia di tempat kejadian. Orang yang lalu-lalang merampas pisau itu apabila suspek cuba melarikan diri.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI