fbpx

Lelaki dikecam tampar kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV lelaki menampar kucing.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikecam pengguna media sosial ekoran tindakannya menampar seekor kucing yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Perbuatan lelaki itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan rakaman tersebut dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia pada laman sosialnya.

Berdasarkan rakaman video, kucing tersebut memanjat dan melalui tembok sebuah rumah dan secara tiba-tiba lelaki itu menampar haiwan itu hingga jatuh ke lantai.

Persatuan Haiwan Malaysia memaklumkan pada hantaran Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Kulim, Kedah.

“Pemilik CCTV yang melihat rakaman miliknya ini dirayu mengenalpasti wajah pelaku dan seterusnya mengemukakan laporan rasmi jenayah haiwan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan segera.

“Laporkan kes jenayah haiwan domestik di laman web awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar di Hotline 1800-88-5151,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI