fbpx

3,300 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes harian Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan kepada 3,300 kes baharu dengan dua kes import berbanding hanya 2,720 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,617,079 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 5,227 kes sembuh juga telah direkodkan di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 kini sebanyak 4,572,712 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,060 kes diikuti Selangor (943), Perak (210), Sabah (203), Pulau Pinang (172), Kedah (145), Johor (109), Negeri Sembilan (105), Melaka (102) dan Putrajaya (77).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes harian semalam adalah Kelantan (55), Sarawak (36), Terengganu dan Pahang (masing-masing 35), Labuan (tujuh) dan Perlis (enam),” demikian data yang dikongsikan di web tersebut hari ini.

Tambah data tersebut, sebanyak 12 kematian telah direkodkan di seluruh negara dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang menjadikan jumlah kematian kini mencecah 35,923 dan BID 7,628.

Sebanyak 44,723 kes dikuarantin di rumah, 21 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,512 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 28 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI