fbpx
Gambar hiasan.

Salah faham punca lelaki ditumbuk sepupu isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Seorang lelaki bertindak menumbuk muka suami kepada sepupunya selepas berang dituduh cuba menggoda wanita itu di sebuah rumah di stesen teksi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa yang berusia 35 tahun bengkak pada bahagian pipi kanan selepas ditumbuk oleh suspek.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan kejadian itu, pihaknya sudah memanggil lelaki berusia 42 tahun selepas menumbuk mangsa yang tidak bekerja untuk memberi keterangan berhubung insiden tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah mangsa sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Suspek telah bertindak menumbuk pipi kanan mangsa dengan menggunakan tangan kirinya. Mangsa telah menuduh suspek menggoda isterinya, namun lelaki itu tidak mengaku berbuat demikian.

“Selain itu, suspek juga mengaku rapat dengan isteri mangsa kerana mereka menpunyai hubungan sebagai sepupu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata, hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku menumbuk mangsa sebanyak sekali pada bahagian pipi kanan mangsa.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR