fbpx

Beg teh boleh jadi baja kompos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Mungkin ramai masih belum tahu lagi bahawa beg teh boleh dijadikan baja kompos yang sesuai bagi kesuburan tanah daripada dibuang begitu sahaja sebagai sampah.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berkata, bahan lain boleh dikompos termasuklah kulit telur, sisa buah dan sayur selain kertas, daun, ranting pokok serta rumput yang dipotong.

“Kompos boleh diperbuat daripada bahan yang kita biasanya buang kerana ia membuatkan tumbuh-tumbuhan anda bertambah besar dan menyuburkan tanah sekeliling.

“Sementara sisa yang tidak boleh dikompos pula antaranya ialah tulang ikan, sisa produk tenusu, segala jenis minyak dan kertas berminyak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial tadi.

Kata agensi itu lagi, keratan daripada tumbuhan yang sakit atau diserang serangga juga tidak sesuai dijadikan baja kompos ekoran dibimbangi memberi kesan buruk kepada kesuburan tanah.

“Justeru, pastikan anda tidak campur aduk sisa pepejal dengan bahan-bahan terlarang demi memastikan kompos anda menjadi baja kepada pokok ditanam,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI