fbpx

25 petualang diberkas, barang seludup hampir RM2 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman Mamat (kiri) bersama timbalannya Datuk Khaw Kok Chin pada sidang media Op Kontraban Kontinjen Johor di IPD, Bandar Seri Alam, Masai , Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

PASIR GUDANG – Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Polis Johor bagi menangani kegiatan kontraban di negeri ini berjaya menahan 25 lelaki membabitkan nilai rampasan hampir RM2 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua individu yang ditahan termasuk enam warganegara asing berusia 20 hingga 53 tahun.

Beliau berkata, Polis Johor melancarkan operasi khas tersebut bagi membanteras aktiviti penyeludupan barangan kawalan bersubsidi seperti minyak diesel, minyak masak, rokok dan arak di seluruh negeri ini.

“Bermula Rabu lalu sehingga pukul 2 pagi tadi, pasukan khas kontraban telah berjaya membuat sebanyak 14 serbuan di hampir semua daerah termasuk di Mersing, Johor Bahru, Muar, Kota Tinggi dan Segamat.

“Dalam serbuan itu, rampasan dilakukan membabitkan 4,012 paket minyak masak, 158,380 liter minyak diesel, 215 karton dan 476 rokok pelbagai jenama, 216 karton dan 50 botol arak pelbagai jenama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah 16 lori termasuk sebuah lori tangki, sebuah kereta, dua buah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda serta peralatan penyeludupan yang lain.

Kamarul Zaman berkata, semakan rekod ke atas semua suspek mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau bagi kegiatan jenayah atau dadah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI