fbpx

Konvensyen BN Selangor fokus resolusi rampas semula negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) merakam kenangan bersama semua peserta program itu, hari ini.

KUALA SELANGOR – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor akan memfokuskan strategi dan resolusi parti komponen untuk merampas semula negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Konvensyen selama sehari itu dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam dekat sini pada 31 Julai ini.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, lebih 500 ahli daripada parti komponen BN di setiap Parlimen dijangka menghantar wakil kepimpinan pada Konvensyen itu.

Katanya, ia akan meliputi forum oleh ahli panel yang terdiri daripada tokoh ekonomi daripada kaum Melayu, India dan Cina.

“Kita kemudian akan membincangkan hasil forum berkenaan dengan menghasilkan satu resolusi berkaitan BN di Selangor.

“Ia sudah tentunya memfokuskan bagaimana cara untuk kita merampas dan memenangi semula negeri ini dalam PRU15 akan datang,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Tanjong Karang 2022 di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini, hari ini.

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, konvensyen itu turut menjadi platform bagi semua perwakilan dan ahli menzahirkan pandangan serta pendapat masing-masing.

Terdahulu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang turut menyerahkan tiga katil hospital kepada pesakit warga emas kurang berkemampuan di sekitar daerah ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI