fbpx

33 pondok tahfiz Madrasah Al-Imaniyah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohamad Zaidi (kiri) meninjau kesan kebakaran melibatkan 33 buah pondok tahfiz di Madrasah Al-Imaniyah dekat Kampung Darat Sungai Ular di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sebanyak 33 buah pondok tahfiz Madrasah Al-Imaniyah dekat Kampung Darat Sungai Ular di sini musnah dalam kejadian kebakaran pagi ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu kerana kesemua pondok yang terbakar tidak mempunyai penghuni semasa kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata, bomba yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.39 pagi bergegas ke tempat kejadian dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng.

Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan 33 buah pondok tahfiz di Madrasah Al-Imaniyah dekat Kampung Darat Sungai di Kuantan hari ini.

“Kebakaran merebak cepat disebabkan struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu dan kebakaran tidak membabitkan sebarang mangsa kerana semua pondok tidak mempunyai penghuni kerana sedang bercuti.

“Sebab itu bila kita sampai sudah 20 kebakaran walaupun tempoh masa kita sampai lebih kurang 10 minit tetapi disebabkan bangunan ini daripada kayu dan juga kedudukan struktur pondok-pondok ini begitu rapat ia membantu api merebak begitu cepat,” katanya ketika meninjau kebakaran di Madrasah Al-Imaniyah di sini hari ini.

Menurut Wan Mohammad Zaidi, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 10.30 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ujarnya, pihak bomba menghadapi kesulitan kerana ketiadaan pili bomba dan terpaksa menggunakan air dari sungai berhampiran sejauh 300 meter dari lokasi kebakaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI