fbpx

1,475 atlet dari 50 negara mulakan cabaran Ironman 70.3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 1,475 peserta memulakan perlumbaan dalam tiga disiplin pada cabaran Ironman 70.3 Desaru Coast di Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Seramai 1,475 atlet daripada 50 buah negara memulakan cabaran sukan ekstrem Ironman 70.3 Desaru Coast seawal pukul 7.05 pagi tadi.

Upacara pelepasan peserta itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyaksikan para peserta memulakan cabaran menerusi acara renang sejauh 1.9 kilometer (km).

Malaysia merekodkan jumlah peserta paling ramai dengan 604 atlet diikuti Singapura membabitkan penyertaan seramai 349 atlet.

Penyertaan daripada negara lain antaranya Indonesia, Filipina, India, Jepun, Australia, New Zealand, Perancis, Great Britain dan Amerika Syarikat.

Kesemua peserta Iron Man 70.3 Desaru Coast perlu mengharungi tiga disiplin iaitu berenang 1.9km, berbasikal 90km dan larian 21.1km.

Penglibatan atlet Ironman kebangsaan, Lim Chee Yong, 25, mencuri tumpuan setelah anak kelahiran Langkawi itu menyasarkan untuk menamatkan acara di bawah 4 jam 50 minit.

Masa terbaik yang direkodkan oleh peserta termuda yang menyertai Ironman World Championship pada 2018 itu ialah lima jam satu minit ketika beraksi di 70.3 Ironman Langkawi pada 2019. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN