fbpx

Remaja lelaki dituduh curi duit melecur dibakar rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Gara-gara dituduh mencuri wang tunai RM100, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur dari bahagian leher hingga belakang badannya disyaki akibat dibakar sekumpulan rakannya di Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini semalam.

Kejadian itu hanya disedari keluarganya selepas mangsa pulang ke rumahnya dalam keadaan menangis sambil meminta bantuan pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, remaja lelaki mendakwa telah dibakar rakan-rakannya sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

“Siasatan awal mendapati, badan mangsa telah dibakar oleh beberapa rakannya yang menuduhnya mencuri wang tunai bernilai RM100.

“Mangsa dipercayai disimbah cecair disyaki minyak sebelum dinyalakan api menyebabkan badannya melecur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, setakat ini seramai lima individu berusia 18 hingga 25 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis sedang memburu beberapa suspek lain termasuk dalang utama dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI