fbpx

Bomba selamatkan lelaki obesiti terperangkap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan seorang lelaki obesiti yang terperangkap banjir dalam kejadian di Kampung Singh, Seremban, malam semalam.

SEREMBAN – Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban di sini membantu memindahkan seorang lelaki obesiti berusia 40-an ke lokasi selamat selepas rumahnya di Kampung Singh di sini dinaiki air susulan banjir kilat malam semalam.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jefri Mohd. Uzus, berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 10.22 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kami mendapati seorang lelaki yang mengalami obesiti terperangkap di dalam rumah susulan banjir yang kilat pada paras paha di Kampung Singh.

“Kami telah membawa mangsa menggunakan lima jaket keselamatan atau peranti pengapungan peribadi (PFD) anggota yang dipakaikan ke badan mangsa untuk mengapungkan dan membawa mangsa ke tempat selamat.

“Selain itu, tiga ahli keluarga yang lain turut dibawa Balai Raya Kampung Singh untuk penempatan sementara hujan reda,” katanya hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban memaklumkan, sebanyak 120 buah rumah terjejas banjir kilat susulan hujan lebat yang berlaku bermula pukul 7 malam sehingga 11 malam.

Antara kawasan terjejas termasuklah di Kampung Chedang, Taman Happy, Kampung Batu 3 dan Kampung Pasir di Rasah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI