fbpx

Penduduk lega, tiada ketukan misteri di rumah malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizi (kanan) bersama penduduk melihat dinding sebuah rumah penduduk di Kampung Belimbing, Kota Bharu yang dipercayai menerima ketukan misteri malam kelmarin. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Rata-rata penduduk di lima buah kampung di Mukim Pendek di sini berada dalam ketakutan apabila rumah mereka diganggu ketukan misteri sejak seminggu lalu.

Ini berikutan rumah penduduk di Kampung Lating, Kampung Belimbing, Kampung Keling, Kampung Pulau Gajah dan Tunjong di sini diketuk bermula kira-kira pukul 1.45 pagi.

Menurut seorang penduduk, Wan Azizi Wan Abd. Ghani, 57, bagaimanapun, tiada laporan daripada penduduk yang mengatakan rumah mereka diketuk malam tadi.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka hairan apabila tiada ketukan di rumah meskipun telah berjaga malam di dalam rumah masing-masing untuk mengesan individu yang melakukan perbuatan itu.

“Saya lega apabila gangguan ketukan misteri tiada malam tadi, namun ada juga penduduk masih bimbang sekiranya keadaan itu kembali berlaku.

“Penduduk berharap kejadian ini tidak berterusan kerana mereka bimbang dengan keselamatan ahli keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI