fbpx

Matthijs De Ligt kini milik Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE LIGT akhirnya menjadi milik Bayern selepas melengkapkan perpindahan dari Juventus dengan kontrak selama lima tahun. – AFP

MUNICH – Selepas mengikat Sadio Mane, gergasi Jerman, ­Bayern Munich berjaya melengkapkan satu lagi pembelian berprofil tinggi apabila mendapatkan khid­mat pemain pertahanan Belanda, Matthijs De Ligt dari Juventus.

Pembelian itu menelan belanja €67 juta (RM304.9 juta) de­ngan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun dan ia juga menjadi rekrut pertama Bayern Munich selepas Robert Lewandowski ahkhirnya mengikat kontrak de­ngan Barcelona

“Sejak tiga tahun lalu lagi kami sudah mahu membawa Matthijs ke Munich. Tahap profesional, keinginannya dan perwatakannya cukup mengagumkan.

“Kami rasa Matthijs cukup sesuai dengan cita-cita kami. Sudah pasti dia akan memainkan peranan penting buat pasukan sama ada di dalam mahu pun luar padang,” kata Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic.

Menerusi penghijrahan ini, De Ligt muncul bekas pemain Ajax ketiga yang menyertai Bayern Munich selepas Ryan Gravenberch dan Noussair Mazraoui.

Kehadiran De Ligt juga bakal melengkapkan misi Bayern Munich untuk membina semula pasukan ketika Niklas Sule sudah pun sah meninggalkan skuad Die Bayern dan menyertai Borussia Dortmund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI